| |
The Malay Archipelago refers to the thousands of islands which make up five countries today: Malaysia, Indonesia, Brunei, the Philippines and Singapore. The term “Melayu” is even older and dates back to the ancient kingdom of Srivijaya (6th–10th century). The Malays settled in the pasisir (riverine/coastal) regions of the Malay Peninsula, Sumatra and Borneo. While the initial Indianisation of the region left Hindu and Buddhist imprints, these were replaced by Islamic influences as early as the 11th or 12th century. This gave rise to Muslim sultanates with a fairly uniform language, religion and cultural practices.
Kepulauan Melayu merangkumi ribuan pulau yang terbahagi kepada lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Singapura. Nama "Melayu" mula digunakan sejak zaman kerajaan Srivijaya (abad ke 6 hingga 10). Orang Melayu mendiami kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Borneo. Kebudayaan orang Melayu telah mengalami evolusi yang panjang, penyerapan dan penyesuaian terhadap pelbagai budaya. Pengaruh agama Hindu dan Buddha telah diganti dengan pengaruh Islam sejak abad ke 11 atau 12. Pada waktu itu kesultanan Melayu sudah wujud dan agama Islam, bahasa dan budaya Melayu turut berkembang.
|