| |
This exhibition traces the evolution and transformation of Malay writing system. The Malay language, including its variant spoken dialects, is the region’s lingua franca with an estimation of more than 250 million speakers.
Scripts used in the Malay World reflect the illustrious and rich cultural history of the region that witnessed a syncretic blending of the indigenous, Indic, Islamic and Western influences.
The Malay language transformed through a long history, created a vista of literary, artistic, cultural and religious culture. Significantly, this historical passage of the script coincides with the phases of transformation in the intellectual, linguistic, aesthetic culture of the people, which is all part of our national heritage, besides being an expression of the common humanity.
Pameran ini menjejaki evolusi dan transformasi sistem tulisan Melayu. Bahasa Melayu, termasuk pelbagai dialek serumpunnya, adalah bahasa perantaraan rantau ini dengan penuturnya dianggarkan melebihi 250 juta jiwa.
Huruf atau abjad yang digunakan di Alam Melayu ini mencerminkan sejarah kebudayaan yang gemilang dengan sinstesis unsur-unsur peribumi, India, Islam dan Barat teradun menjadi peradaban yang kaya dan mapan.
Bahasa Melayu yang ditransformasi sepanjang zaman menghasilkan tradisi sastera, seni, kebudayaan dan keagamaan yang utuh. Peri penting laluan sejarah sistem tulisan Melayu ini seiringan dengan transformasi budaya intelektual, linguistik dan estetik masyarakat rantau ini, yang menjadi sebahagian daripada warisan nasional kita, selain suatu paparan ikatan kemanusiaan. |