Abdul Ghani Abdul Hamid dilahirkan pada 13 April 1933 di Kampung Siglap (Kampung Bahru), East Coast Road, Singapura. Beliau telah menyumbang kepada seni lukisan dan sastera di Singapura semenjak dari zaman persekolahan beliau. Tulisan beliau dalam bahasa Melayu dan Inggeris telah menjangkau jumlah ratusan puisi, sajak, cerpen dan rencana. Sebagai seorang pelukis pula, beliau telah mengambil bahagian dalam lebih daripada 60 pameran sejak tahun 1950. Beliau merupakan penerima hadiah bagi tiga anugerah sastera berprestij – Anugerah Tun Seri Lanang (1997), Southeast Asia Write Award (1998), dan Cultural Medallion (1999).
Abdul Ghani Hamid menerima pelajaran dalam aliran Bahasa Melayu dan Inggeris dan pernah menuntut di Raffles Institution (1951-1954). Di Raffles Institution, beliau mula menyumbangkan karya puisi dan tulisan artikel beliau kepada majalah dan akhbar Melayu. Beliau menerima bayaran $5 untuk setiap karya beliau yang diterbitkan setiap minggu. Di Raffles Institution jugalah beliau mengadakan pameran seninya yang pertama, sempena Pesta Belia.
Setelah tamat persekolahan, Abdul Ghani Hamid bertugas di Singapore Municipality yang kemudiannya dikenali sebagai City Council dan kemudiannya Public Utilities Board (PUB) sehingga tahun 1988. Walaupun sibuk dengan tugas sepenuh masa dan menjadi ayah kepada empat orang anak, beliau masih sempat menulis dan melukis. Menurut beliau, ”Bila saya penat menulis, saya akan melukis. Dan bila saya penat melukis pula, saya akan menulis.” Jadi, tidak luar biasalah jika sekiranya karya tulisan dan lukisan beliau mempunyai subjek dan adakalanya nama yang seakan-akan.
Abdul Ghani Hamid juga rajin bergiat dalam arena seni setempat. Pada tahun 1962, beliau telah menubuhkan Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD) dengan cogan katanya, “Secita Mencipta”. Beliau juga telah menghasilkan strip komik berjudul “Mat Dalang” yang diterbitkan di majalah-majalah Melayu dan juga akhbar Berita Minggu. Beliau menggunakan nama pena Lazuardi.
Bagi Abdul Ghani Hamid, penulis dan usahawan, harus membuat pengorbanan jikalau mereka mahukan sastera Melayu melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Dengan pemikiran sebegini, beliau telah menggunakan hadiah wang tunai $7000, hasil Anugerah Tun Sri Lanang yang diterima beliau, untuk menghasilkan pementasan “Wak Cantuk”.
Abdul Ghani Hamid was born on 13 April 1933 in Kampung Siglap (Kampung Bahru), East Coast Road, Singapore. His contributions to arts and literature in Singapore started when he was still in school. He has written hundreds of poems, short stories and articles in both Malay and English. As a painter, he has participated in more than 60 exhibitions since 1950.
Abdul Ghani Hamid was a student at Raffles Institution (RI) between 1951 and 1954 and received his education in both Malay and English. There, he started to send his poetry and articles to Malay newspapers and magazines, of which were published weekly. In Raffles Institution, he also held his first art exhibition during a Youth Festival.
After completing his studies, Abdul Ghani Hamid obtained a job with Singapore Municipality which was later known as City Council and subsequently Public Utilities Board (PUB). He left PUB in 1988. Even with heavy work commitments and bringing up four children, he was able to find time to write and paint. According to him, “When I’m weary of writing, I will paint. And when I’m weary of painting, I will write”. Therefore, it is not surprising that his writings and paintings would feature the same themes or have similar titles.
Abdul Ghani Hamid is active in promoting the Arts in Singapore. In 1962, he founded Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD) or Association of Artists of Various Resources. He also created the comic strip “Mat Dalang” using the pen name Lazuardi which was published in the Malay magazines and newspapers.
Abdul Ghani Hamid believes that writers and entrepreneurs must make sacrifices to bring Malay literature to the next level. Bearing this in mind, he used his $7,000 Anugerah Tun Seri Lanang prize money to produce the theatre show “Wak Cantuk”.
He is the recipient of of three prestigious awards – Anugerah Tun Seri Lanang (1997), Southeast Asia Write Award (1998), dan Cultural Medallion (1999).