Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 8 haribulan Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau juga menggunakan nama pena yang lain seperti Har, Gustam Negara, Atma Jiwa dan Si Ketuit.
Sejak kecil lagi Harun amat gemar membaca dan ini akhirnya mendorong beliau untuk mengarang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Telok Kurau dan kemudiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Beliau kemudian menjadi guru di maktab tersebut setelah menamatkan pelajaran di sana. Novel pertama beliau, “Melur Kuala Lumpur” telah diterbitkan di Tanjung Malim pada April 1930.
Di Maktab Pengajian Sultan Idris, Harun mengasah bakat penulisan beliau dengan menyumbangkan karya-karya kepada majalah dan akhbar. Sebagai guru, beliau berusaha untuk menanamkan semangat kebangsaan kepada setiap penuntut. Kerana kegiatan ini, beliau telah dihantar ke Brunei pada tahun 1939 dan menetap di sana hingga tahun 1946.
Selepas Perang Dunia Kedua, Harun telah dipenjarakan selama 86 hari oleh pihak British kerana dikatakan telah bekerjasama dengan Pemerintah Jepun. Pada tahun 1946, beliau pulang ke Singapura tanpa jawatan “Guru”.
Di Singapura, Harun meneruskan hidup beliau dan menentukan nasib keluarga beliau melalui media persuratan. Bekerja dalam penerbitan akhbar dan majalah Singapura ternyata menimbulkan kejayaan pada diri beliau. Suratkhabar dan majalah yang dipimpin oleh beliau termasuk “Hiburan”, “Kencana”, “Mutiara”, “Fashion”, “Melayu Raya”, “Filem Raya”, “Tunas”, “Belia”, “Seni”, “Mingguan Melayu” dan “Medan Sastera”.
Harun mengarang novel-novel sejarah dan juga cerpen, buku-buku pengetahuan, bahasa dan kebudayaan. Hasil dari pengalaman dan kenangan pengembaraan, beliau telah menulis kisah-kisah pengembaraan seperti “Melihat Matahari Tengah Malam”, “Mengembara ke Andalusia” dan “Meninjau ke Negeri Sham”.
Antara tanggungjawab yang disandang Harun ialah Yang Dipertua Persatuan Kebudayaan Melayu, Yang Dipertua Majlis Pelajaran Melayu, Ketua Umum Budaya, Ketua Rombongan Perwakilan Ahli-Ahli Bahasa Tanah Melayu ke Kongres Bahasa di Medan, Pengerusi Persidangan Kongres Pemuda Melayu di Kuala Lumpur tahun 1955, Ketua Seksi Kebudayaan; Penyimpan Amanahnya dan Ketua Seksi Kebudayaan Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Ketua Satu Parti Rakyat Singapura. Bersama dengan sekumpulan wartawan, beliau telah diundang untuk melawat England dan Eropah atas jemputan pihak Pejabat Tanah Jajahan British.
Atas jasa dan sumbangan cemerlang menghasilkan novel Melayu yang bercorak sejarah, Harun telah dianugerahkan Certificate of Merit dari Dictionary of International Biography, London pada tahun 1968.
Harun bin Mohd Amin meninggal dunia pada 9 November 1986.
Harun Aminurrashid’s real name is Harun Bin Mohd Amin. He was born on 8 August 1907 in Kampung Teluk Kurau, Singapura. His other pen names include Har, Gustam Negara, Atma Jiwa and Si Ketuit.
Harun loved reading as a child and this naturally led him to writing. He received his early education in Telok Kurau Malay School and later in Sultan Idris Training College in Tanjung Malim, Perak. He joined the College as a teacher after his graduation. Harun’s first novel “Melur Kuala Lumpur” was published in Tanjung Malim in April 1930. In Sultan Idris Training College, he honed his writing skills by submitting his works to magazines. As a teacher, he was determined to sow the seeds of nationalistic spirit among his students. He was sent to Brunei in 1939 and stayed there until 1946. After the Second World War, Harun was imprisoned for 86 days by the British Forces as he was alleged to have collaborated with the Japanese Government. In 1946, he returned to Singapore without the title of “Teacher”.
In Singapore, Harun continued to work in the literary media and found success working in the newspapers and magazines industry in Singapore. He was the editor of newspapers and magazines that included “Hiburan”, “Kencana”, “Mutiara”, “Fashion”, “Melayu Raya”, “Filem Raya”, “Tunas”, “Belia”, “Seni”, “Mingguan Melayu” and “Medan Sastera”.
Harun took up important posts in many literary, education and cultural organisations. Together with a group of journalists, he was invited to visit England and Europe by the British Colonial Office.
Harun was awarded the Certificate of Merit dari Dictionary of International Biography, London in 1968 to commemorate his excellent contributions to Malay literature.
Harun passed away on 9 November 1986.