National Library Board Singapore

Singapore Literary Pioneers

Biography

Nama sebenar beliau Masuri Bin Salikun. Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Singapura. Masuri merupakan seorang sasterawan yang cukup produktif. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 1000 kuntum sajak dan dianggap sebagai pelopor pembaharuan sastera Melayu, khususnya sajak atau puisi moden. Beliau juga mempunyai nama pena Martina.

Masuri dibesarkan di Geylang Serai, Paya Lebar dan Lorong K, Telok Kurau. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Telok Kurau dari Darjah 1 sampai Darjah 4. Masuri duduk dalam Darjah 5 selama 4 tahun di Sekolah Geylang dari tahun 1933 hingga 1940. Selepas itu, beliau menjadi guru pelatih sehingga tahun 1946. Kemudian beliau terpilih untuk melajutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Selepas pengajian beliau, Masuri pulang ke Singapura dan menjadi seorang pendidik. Beliau menjadi guru di Sekolah Melayu Telok Kurau dari 1949-54. Beliau juga mengikuti kelas bahasa Inggeris di Mercantile Institution dan C.Y.M.A College untuk meningkatkan diri. Jawatan terakhir yang disandang beliau ialah sebagai guru besar di Sekolah Rendah Tanah Merah Besar dari tahun 1971 sehingga beliau bersara pada 12 Jun 1981.

Dari tahun 1984 hingga tahun 1985, Masuri dilantik sebagai Research Fellow di Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS). Pada tahun 1986, beliau mengikuti program penulisan antarabangsa selama tiga bulan di University of Iowa, dan dilantik menjadi Honorary Fellow. Dari tahun 1991 hingga 1992, Masuri menjadi penulis tamu di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Sajak terawal Masuri “Bunga Ros” dan “Ros Kupuja” disiarkan dalam Berita Malai, sebuah akhbar penjajahan. Selepas perang, beliau terus berkarya dan sajak-sajak beliau disiarkan dalam majalah-majalah seperti “Kencana” dan “Utusan Zaman”.

Masuri seorang penyair yang sangat halus perasaan dan lekas tersentuh dengan setiap pergolakan di sekililing beliau. Namun begitu, bagi beliau bakat tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu penulis yang berjaya. Beliau percaya bahawa kerja keras, ketekunan, minat dan kesediaan untuk berkorban yang menentukan kejayaan sebagai seorang penulis.

Masuri juga merupakan salah seorang pelopor Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50). Beliau berpendapat dengan adanya badan persuratan ini, para penulis dapat mengisi jiwa dan rohani masyarakat dengan nilai-nilai yang murni. Beliau merupakan Ketua 1 Asas ‘50 dari tahun 2001-2005.

Masuri meninggal dunia pada 6 Disember 2005.

Masuri S.N.’s real name is Masuri bin Salikun. He was born on 11 June 1927 in Singapore. Masuri was a very prolific poet, composing more than 1000 poems in his lifetime. He is regarded as a pioneer in modern Malay poetry. He also used the pen name Martina.

Masuri was brought up in Geylang Serai, Paya Lebar and Lorong K, Telok Kurau. He received his early education in Telok Kurau Malay School and was selected to further his studies in Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, Perak. After completing his studies, he returned to Singapore to become a teacher in Telok Kurau Malay School from 1949 to 1954. He was a school principal from 1971 until he retired in 1981.

Masuri was appointed as a Research Fellow in Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) from 1984 to 1985. In 1986, he participated in in an international writing programme for three months in University of Iowa, and was appointed an Honorary Fellow. From 1991 to 1992, Masuri became a guest writer of Malay Studies Department, National University of Singapore (NUS).

Masuri’s earliest poems were “Bunga Ros” and “Ros Kupuja”, which were published in Berita Malai, a Japanese Occupation publication. After the war he continued to write and his poems were published in publications such as “Kencana” and “Utusan Zaman”.

A founding member and Chief from 2001 to 2005 of Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50), a leading Malay literary organisation in Singapore, Masuri held the belief that talent alone is not sufficient to make a person a successful writer. He strongly believed that hard work, interest, passion and sacrifices are the determining factors of a person’s success as a writer.

Masuri passed away on 6 December 2005.