National Library Board Singapore

Singapore Literary Pioneers

Biography

Muhammad Ariff Ahmad dilahirkan pada 6 Disember 1924 di Singapura. Beliau merupakan tokoh bahasa dan budaya Melayu yang amat disegani. Beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuk Cultural Medallion (1987), SEA Write Award (1993) dan Anugerah Tun Seri Lanang (1993).

Muhammad Ariff dibesarkan di beberapa kawasan di Singapura, termasuk Newton Road, Dunearn Road, Tiong Bahru dan Henderson Road. Ketika berusia lapan tahun, beliau telah "ditangkap" oleh Cikgu Rahim dan dimasukkan ke Sekolah Melayu Tanglin Besar.

Di sekolah, Muhammad Ariff gemar membaca dan mengambil bahagian dalam peraduan menulis dan berpantun. Beliau juga menulis untuk majalah pengakap di sekolah beliau dan bercita-cita ingin menjadi seorang penulis sepenuh masa. Bagaimanapun, ayah beliau inginkan beliau menjadi seorang guru. Selain itu, Muhammad Ariff juga pandai melukis, tetapi memilih untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan.

Apabila Perang Dunia Kedua berlaku, pelajaran beliau tergendala. Beliau dimasukkan ke sekolah Jepun dan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga terpaksa bekerja di sarang perjudian dan terbabit dalam urusan pasar gelap. Sesudah perang berakhir, beliau menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak untuk memenuhi hasrat ayah beliau agar beliau menjadi seorang guru. Kerjaya beliau sebagai seorang guru memberi beliau peluang dan ruang untuk meneruskan minat beliau dalam bidang penulisan. Bersama beberapa penulis lain, beliau telah menubuhkan Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50), badan persuratan Melayu yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sastera Melayu di Singapura dan rantau Nusantara.

Muhammad Ariff dianggap sebagai "ensiklopedia bergerak" mengenai perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Beliau telah mengarang lebih daripada 50 buah buku, termasuk buku cereka, buku pengetahuan, buku kanak-kanak dan buku teks sekolah. Beliau juga menulis rencana dan esei untuk penerbitan majalah dan akhbar di Singapura dan Malaysia. Selain itu, beliau juga menulis skrip drama dan dokumentari untuk penyiaran di televisyen dan radio.

Kewibawaan beliau terserlah melalui jawatan-jawatan yang pernah dijawat seperti Pengerusi Tetap Majlis Pusat (1969-1983), Timbalan Yang Dipertua KGMS (1969), Ketua 1 Asas '50 (1994-2001) dan Anggota Majlis Penasihat AMP (1992-94).

Muhammad Ariff Ahmad was born on 6 December 1924. A well-respected Malay language and cultural luminary. E has received many awards including the Cultural Medallion (1987), SEA Write Award (1993) and the Anugerah Tun Seri Lanang (1993).

Muhammad Ariff was brought up in different parts of Singapore, including Newton Road, Dunearn Road, Tiong Bahru and Henderson Road. When he was eight years old, he was brought by a teacher to be enrolled in Tanglin Besar Malay School.

In school, Muhammad Ariff loved reading and took part in many writing competitions. He also wrote for the Scouts magazine in his school and dreamt of becoming a full-time witer. Despite being equally good at drawing, Muhammad Ariff chose to focus on writing.

With the start of the Second World War, Muhammad Ariff’s studies were disrupted and he was enrolled in a Japanese school. To earn a living, he became involved in gambling and black market activities. After the war, he studied in Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, Perak to fulfill his father’s wish for him to be a teacher. Fortunately, his career as a teacher gave him the opportunities to continue writing. With a group of other writers, he founded Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50), a Malay literary organisation that has played a significant role in developing Malay literature in Singapore and the region.

Muhammad Ariff has written over 50 books including short stories, non-fiction, children’s literature and school textbooks. He also writes articles and essays for newspapers and magazines in Singapore and Malaysia. Apart from that, he has also written drama and documentary scripts for televison and radio broadcasts. He is thus regarded as the expert pertaining to Malay language, literature and culture.