Nama sebenar Noor S.I. ialah Ismail bin Haji Omar. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1933 di Changi Road, Singapura. Beliau dianggap sebagai pelopor sajak kabur. Beliau juga menulis skrip drama, esei dan kritikan. Beliau menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan SEA Write Award pada tahun 1985.
Noor S.I. menerima pendidikan Melayu di sekolah Melayu Kota Raja hingga darjah lima, sekolah Arab selama dua tahun dan akhirnya bersekolah Inggeris tetapi tidak dapat menghabiskan pelajaran beliau.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pembantu doktor di rumah sakit, juru ukur di Jabatan Ukur Singapura dan penolong editor di Pustaka Nasional Singapura.
Beliau produktif dalam menghasilkan sajak dan banyak karya beliau termuat dalam antologi bersama seperti “Bingkisan Angkatan Baru” (1956), “Puisi Baharu Melayu” (1961), “Himpunan Sajak” (1969), “Titian Zaman” (1979) dan “Orang Bertiga” (1980).
Noor S.I. juga giat dalam kegiatan-kegiatan persatuan penulis di Singapura, aktif dalam Angkatan Sasterawan ’50 dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Membaca Sajak (1955-1971), anggota Jawatankuasa Malam Chairil Anwar (1957), Setiausaha Penyair Angkatan 50 (1961-1976) dan juga anggota Sidang Pengarang majalah “Sasterawan”.
Noor S.I. mula menulis sejak berusia 18 tahun. Sajak sulung beliau terbit dalam majalah “Samudera”. Beliau dianggap sebagai penyair yang berani melakukan eksperimen dan pembaharuan dalam penulisan sajak-sajak Melayu. Sajak-sajak beliau yang penuh perlambangan dan sukar dimengertikan maknanya telah menyebabkan beliau banyak menerima kritikan di samping sanjungan. Selain sajak, beliau juga menulis cerpen, drama dan rencana.
Noor S.I. meninggal dunia pada 26 November 1990.
Noor S.I.’s real name is Ismail bin Haji Omar. He was born on 5 August 1933 at Changi Road, Singapore. He is regarded as a pioneer of abstract poetry. He also wrote drama scripts, essays and critiques.
Noor S.I. received his education in Kota Raja Malay School up till Primary Five and went to an Arabic school for two years. However, he did not complete his education in an English school.
He was a prolific poet and many of his works were featured in joint anthologies such as “Bingkisan Angkatan Baru” (1956), “Puisi Baharu Melayu” (1961), “Himpunan Sajak” (1969), “Titian Zaman” (1979) and “Orang Bertiga” (1980).
Noor S.I. started writing when he was 18. His first poetry was published in the magazine “Samudera”. He was regarded as a poet who dared to experiment in writing Malay poetry. His poems are filled with symbolisms, making them difficult to be understood. This caused him to receive both criticism and adulation. Apart from poetry, he also wrote short stories, dramas and articles.
Noor S.I. received international recognition when he was awarded the SEA Write Award in 1985.
He passed away on 26 November 1990.